Assalamualaikum
dan hai..
Hikhik. Lama pulak rase tak update kan? Hahaha. Sorry. Been
buzy lately. Tapi sebenarnya banyak malas dari buzy. Choiiiii *orang femalas
memang ginii.
Ape
kena mengena Tajuk entry kali ni dengan aku ye? Hurmm. Rase macam terpanggil
untuk meluahkan apa yang aku rasa. Korang dlm hidup at least sekali mesti
pernah rase BAHAGIA dan AIR MATA tu pon mesti selalu kan? Hahaha. Aku pon
selalu jugak. Bila tgok drama-drama air mata. Ok, ape
yang aku nak cakap ni lebih pada soal hati dan perasaan. Bukan lah nak gedik ke
ape dengan entry ni nih. Cuma sekadar nak berkongsi pendapat.
Ok, jom
sembang-sembang bersama ahkak! Hahaha.
Semua orang yang bernama MANUSIA ni mesti nak
sentiasa bahagia kan? Maksud aku, kalau boleh benda-benda sedih,main dengan air
mata ni sejauh mungkin kite cuba elakkan sebab kite tau benda yang menguris
hati dan perasaan membawa kepada kesedihan, kekecewaan seterusnya air mata yang
berpanjangan. Pernah tak korang terdetik di hati kenapa ALLAH datangkan BAHAGIA
itu sesaat tapi AIR MATA itu berpanjangan?
Hidup
ni adalah satu PAKEJ ekceli. Yang mane bile bahagia itu wujud, sudah pasti ade
derita dari sisi yang tertutup. Begitu jugak dengan derita, ade bahagia yang
kita sendiri tak nampak.
Wujudnya
pelangi selepas hujan, wujudnye senyuman selepas tangisan.
Tapi
percayalah, tak selamanya sedih akan sentiasa dengan kita. Bila mana kite
redha, kite trima segala ujian dan dugaan yang berlaku. Bertabah dengan apa
yang terjadi + berusaha untuk bangkit semula selepas jatuh. Insyaallah, akan
ada tangan-tangan menghulur untuk sambut kita dari kejatuhan itu.
Duhai
hati yang sedang bersedih, jangan sedih lame – lame tau? Ingatt, di sebalik
sedih tu ALLAH nak ajar kite jadi lebih kuat, lebih tabah untuk kita hadapi
hari-hari yang mendatang. Supaya nanti kalau kita jatuh lagi, kite akan ingat
balik macam mana dulu kite pernah sedih dan kita mampu untuk bangkit dari
kesedihan tu. Mase kite jatuh, mase kite sedih kite rase kitelah orang yang
paling malang. Kite terpikir-pikir kenapa kita yang kena harungi semua ni. Tapi
bila kita da Berjaya bangkit, kite pon pelik macam mana kite boleh Berjaya dan
menjadi lebih tabah dari sebelumnya. Hebat kan ALLAH ?? Dia mengajar kite dalam
kesakitan tapi pada mase yang same dia menyembuhkan kita dalam senyuman. Bersyukurlah tatkala ujian itu datang, itu
menandakan ALLAH rindukan kita dan mahu kita kembali dekat padaNYA.
“ you
never know how strong you are until being strong is the only choice you have” –
Bob Marley
Betulkan ape yang mendiang Bob Marley cakap
kan?? Kite takkan tau sejauh mana kite
tabah selagi kite tak ditimpa ujian dan satu-satunya pilihan yang ada adalah
dengan menjadi kuat!
Arwah
atok aku pernah cakap, ALLAH ni Dia datangkan pertolongan entah dari mane-mane.
Salah satunye SAHABAT. Jadi, kalau ade hati yang tengah bersedih , da mengadu
dengan Allah. Carilah sape-sape yang korang rase korang boleh percaya untuk
korang luahkan segala masalah korang tu. Kadang-kadang dalam tengah meluahkan
perasaan tu, ALLAH jadikan kawan tu
sebagai perantara untuk mengurangkan sikit beban di hati tu bila mana
KAWAN tempat kau meluah perasaan tu bagi
nasihat-nasihat dan kata – kata semangat yang boleh mengurangkan kesedihan dan
menguatkan lagi diri kau sekaligus menjadikan diri kau lebih tabah untuk hadapi
masalah tu.
Oleh
itu, kite (hati) yang tengah bahagia ni, bila mana ada hati yang sedang berduka
@ stress, terimalah hati yang sedang berduka itu dengan hati yang terbuka
supaya nanti hati yang bahagia ini mampu mencalitkan sedikit senyum pada hati
yang tengah berduka tu.
Ok,
selesai suda kak bedah bercerita! Bye
Regard
with love,
Aishah
No comments:
Post a Comment