Assalamualaikum semua..
Haa, kali ni pasal meroyan pulak. Ape yang terlintas di fikiran korang bila dengar je perkataan 'MEROYAN' ni??? Ade pengalaman dengan meroyan?
Kalau aku, bila dengar je meroyan ni, terus terbayang mak mak yang dalam pantang meroyan. Lagipon, pernah dengar cerita dari mak aku pasal salah sorang sedara mara kami yang satu ketika dulu pernah meroyan. Orang meroyan ni macam dirasuk, mampu buat apa yang orang biasa tak mampu buat. Jangan maen maen tau?? Meroyan ni boleh jadi gila.
Oke, macam biasa. Sukatan 'pelajaran' pada hari ini tentulah datangnya dari akak bidan, Kak Ice kita. Korang boleh klik yang kaler biru tu. Link kepada entry yang aku bebelkan kali ni.
Dah, jom mula sekaranggg.. Selamat belajar. Hihihihi
Luahan hati kenalan yang pernah meroyan. Panjang sangat tak leh nak screenshot. So Ice copy paste kat sini., Kepada tuan badan, tenkiu for sharing.
Salam Ice, just nak share experience meroyan. Saya berpantang dirumah mother in law (MIL) *mak mentua*. Memang MIL strict orangnya kalau bab bab berpantang especially bab bab makan, bab sapu pilis param, bab tido kena lurus dan tinggikan bantal. Dia marah kalau saya pakaikan anak saya baju kaler kuning, tak tau pulak baju kuning ni adalah larangan masa pantang. Since saya ada baca jaundis in medical journal, saya tau itu takde kena mengena. Even my own mum sendiri bagitau soal baju kaler kuning tak ade kena mengena, isu kecil. Masa kena marah tu memang sentap giler dalam hati. Huhuhu, tak tau lah kenapa, maybe saya yang manja atau entah lah.
Tapi masa tu, saya stress sangat sebab disebabkan hal - hal kecik. Saya rimas dengan suasana kat rumah MIL masa tu. Terlalu ramai orang, 3 keluarga stay dalam 1 rumah, ramai anak anak buah duk ulang alik masuk bila saya, takde yang control, Rase macam takde privasi langsung.
MIL saya tak bagi tidor siang sebab takut muka saya sembab. Huwaaaaaaaa, udah lah malam tak boleh tido anak berjaga, anak menyusu stiap 1 jam stgh. Flush toilet pulak rosak masa tu. Kena jirus air manually. Ntah normal entah tidak, pada masa tu seluruh badan saya terasa sangat sakit. Rasa macam putus segala urat. Macam kene penyek dengan lori treler. Tapi saya pendam semua tu.
Hubby??? Owh, dia ade je. Tapi segalanya saya kena mintak. Saya dah tertekan sangat masa tu, Pada malam kejadian tu, ramai sedara mara sebelah hubby datang. Ramai ramai sembang dan gelak gelak. Saya rasa terpinggir, hubby sibuk melayan sedara mara. Dia ada menjenguk saya dan anak kejap dalam bilik. Saya mintak tolong dia amikkan air. At that time, saya luahkan rasa sedih, kecewa saya dekat dia. Tapi dia marah marah dan tarik muka. Pastu dia da tak masuk jenguk saya dah sampai dah nak tengah malam.
Saya pulak jenis yang tak reti nak mintak tolong orang laen yang tak biasa, rasa kekok sangat duk umah MIL. Masa tu saya da start menangis dan tetiba rasa seram sejuk lain macam. Saya baca yassin tapi separuh jalan saya tertido. Yang peliknya, antara sedar dengan tak sedar.. Saya ternampak kelibat hubby saya tercegat depan katil.
Ya Allah, apa yang saya nampak sangat menakutkan saya. Terus menangis dan terjerit jerit macam orang histeria. Saya tak boleh nak control diri saya. Seingat saya, hubby saya datang peluk saya masa saya menjerit tu. Tapi pada masa tu, yang saya rase hanyalah marah, benci, takut dan sakit. Saya tak boleh pandang muka hubby saya. Rase mengigil satu badan. Masa tu, semua orang dalam rumah masuk kerumun saya dalam bilik. MIL mintak maaf kat saya kalau dia buat salah. Saya cakap, saya tak marah kat dia. Air yassin, air zamzam semua dibagi minum pada saya dan sapu kat muka.
Hubby datang nak sentuh tangan saya. Tapi saya tepis dan marah marah jangan sentuh tangan saya!!! Langsung saya tak boleh pandang muka dia. Saya nak masuk toilet, dia nak tolong saya tapi saya halau dia! Keluarrrrrr!!! Memang mengejutkan sebab saya bukan macam tu. Tak tau nak cakap macam mane. Rase lain sangat.
Malam tu, biras yg temankan saya tido atas permintaan saya. Saya luahkan pada biras segala gusar yang bersarang. Malam tu jugak, dia jadi ibu susuan untuk anak saya. Saya terlampau stress untuk menyusukan anak. Terima kasih banyak banyak Kak S.
Pagi esoknya, MIL datang pada saya untuk mintak maaf bagi pihak anak dia dan mintak izin supaya anak dia boleh datang dekat pada saya. Saya izinkan. Hubby masuk dan menangis mintak maaf.
Selepas kejadian tu, apa apa je artikel berkaitan meroyan memang saya mintak hubby baca sebab bila saya explain dia tak paham. Seminggu je saya kat rumah MIL. Lepas tu, parent sy datang amik bawak balik. Tapi saya tak bagitau hal ni pada dorang.
Alhamdulillah, sekarang ni menunggu yang kedua. Semoga meroyan tak datang lagi..
Fuhhhhhhhhhhhhhhh *lap peluh
Panjangkan story ni?? Takut kan kalau meroyan? Aku yang baca ni pon rase semacam. Jadi, ape moral value yang kite dapat dari kisah di atas? Aku dapat korek 3 moral value dari cite kat atas.
1. Bersederhana.
Dalam Islam sendiri bagitau tentang konsep bersederhana. Jangan terlalu ekstrem. Jadi, bagi MIL @ mak kandung sile lah bersederhana dalam melakukan apa jua. Tak semua orang boleh terima. Kena slow slow, jangan over. Walaupun ada betulnya apa yang kita buat tu. hihi. Orang lame dengan Orang sekarang banyak beza.
2. Tangungjawab.
Ni bagi pihak suami. Bila isteri dalam pantang, kena lah amik tau perihal isteri. Kena banyak sabar kot? Since kaum wanita bila dalam pantang, dorang sangat fragile walaupun sebelum sebelum dorang sangat indipendent. Ingattt, kalau sayang isteri jaga lah dia bebaik dalam pantang. Jangan nanti, menyesal tak sudah..
*Jemah kalau menulis kalah orang dah kawen. kuikuikui.. Sabo je lah dengan Jemah yang GEMOK ini ye?? Jemah kan menulis dari hatiii.. Hihihihi*
*Jemah kalau menulis kalah orang dah kawen. kuikuikui.. Sabo je lah dengan Jemah yang GEMOK ini ye?? Jemah kan menulis dari hatiii.. Hihihihi*
3. Sabar
Ni untuk semorang,, Baik MIL, suami dan isteri semuanya kena bersabar. Jangan terlalu ego bila isteri mintak tolong apa apa. Atau MIL jangan terlalu memaksa bila anak menantu menolak apa apa. Kena banyak sabar supaya keharmonian tu sentiasa ada. Isteri pon kena banyak bersabar jugak. Jangan stress. Cuba kawal minda.
* Oiiii kau, bercakap kalah Dr Muhayya.. Opssss.. Ampunnn.*
Oke.. Tu je lah kot moral value yang sempat explore. Ahahaha.. Ampunkan Jemah sekiranya Jemah terlalu over dalam menulis. Kadang kadang Jemah ni macam cuba meletakkan diri Jemah dalam situasi tersebut supaya Jemah paham dan Jemah boleh menulis dari hati.
Baeklah, stop di sini dulu. Kite berjumpa di pelajaran baharu. Tapi sebelum tu, Jemah sertakan sekali komen2 pengalaman orang laen yang komen dekat status kak Ice tu. ye.. Ni Jemah sertakan sekali link tersebutt:
POST MEROYAN DI FB KAK ICE
POST MEROYAN DI FB KAK ICE
Kalau korang perasan, ade 1 gambar pengomen ak x tutop. Tu lah Kak Ice.. hehe
Salam saiyanggg,
Aishah