Thursday 5 May 2016

IBU

Jom sembang sikit sementara tunggu turn nak mandi bagai.

Arini mak pegi pekan.. cari tali untuk buat barut perut baby. Pegi dengan umi mak laa.. sekali dengan adik.

Tiap kali keluar, mak mesti frust sikit. Yelahh. Mak tak keja, duit mana nak ada sangat. Jadi kalau umi mak ajak nak beli pape contoh macam baju ke tudung ke,mesti mak cakap taknak. Kalau mak cakap nak, konfirm2 la umi mak yang belanja. Mak taknak la susahkan dia. Sian dia. Kadang mak sedihh. Nak kejaa.. nak dapat keja leh tolong umi nge abah mak.

Da setel sume beli2 tu kan. Balik la umah, kalut la sikit sebab umi mak da janji dengan kawan dia nak amik burung merpatii. Nak bagi makan kat anak dalam perut mak nii. Katanya kalau makan merpati anak cerdik, insyaallah. Umi mak siap beli ekor. Rm30 2 ekor. Mahal kan? Tapi umi mak tak pernah berkira kalau dengan anak anak. Aduhh, mak is terharu dengan apa yang umi mak buat.

Lepas pegi amik. Ingatkan dia da semelih.rupanya tak lagi. Takde yang nak semelihkan sebab abah mak takder time ni. Pegi penang. So, terkapai2 la umi mak ni. Sian dia. Dengan solat asar belum lagi ke hulu hilir sibukkan burung tu semata2 sebab mak.. huuuuu, nangis dalam hati.

Umi.. terima kasih. Mak selalu buat umi kecik ati dengan mak mase zaman memuda dulu.. mak paksa umi ikut kehendak mak walhal sepatutnya mak yang kena dengar cakap umi..

Nangis laaaa cmni.. sedihh. YA ALLAH, luaskan rezeki dalam pekerjaan ya Allah. Untuk tolong umi ngan abah aku. Aminn

Friday 19 December 2014

MEROYAN

Assalamualaikum semua..

Haa, kali ni pasal meroyan pulak. Ape yang terlintas di fikiran korang bila dengar je perkataan 'MEROYAN' ni??? Ade pengalaman dengan meroyan?

Kalau aku, bila dengar je meroyan ni, terus terbayang mak mak yang dalam pantang meroyan. Lagipon, pernah dengar cerita dari mak aku pasal salah sorang sedara mara kami yang satu ketika dulu pernah meroyan. Orang meroyan ni macam dirasuk, mampu buat apa yang orang biasa tak mampu buat. Jangan maen maen tau?? Meroyan ni boleh jadi gila.

Oke, macam biasa. Sukatan 'pelajaran' pada hari ini tentulah datangnya dari akak bidan, Kak Ice kita. Korang boleh klik yang kaler biru tu. Link kepada entry yang aku bebelkan kali ni.

Dah, jom mula sekaranggg.. Selamat belajar. Hihihihi

Luahan hati kenalan yang pernah meroyan. Panjang sangat tak leh nak screenshot. So Ice copy paste kat sini., Kepada tuan badan, tenkiu for sharing.

Salam Ice, just nak share experience meroyan. Saya berpantang dirumah mother in law (MIL) *mak mentua*. Memang MIL strict orangnya kalau bab bab berpantang especially bab bab makan, bab sapu pilis param, bab tido kena lurus dan tinggikan bantal. Dia marah kalau saya pakaikan anak saya baju kaler kuning, tak tau pulak baju kuning ni adalah larangan masa pantang. Since saya ada baca jaundis in medical journal, saya tau itu takde kena mengena. Even my own mum sendiri bagitau soal baju kaler kuning tak ade kena mengena, isu kecil. Masa kena marah tu memang sentap giler dalam hati. Huhuhu, tak tau lah kenapa, maybe saya yang manja atau entah lah. 

Tapi masa tu, saya stress sangat sebab disebabkan hal - hal kecik. Saya rimas dengan suasana kat rumah MIL masa tu. Terlalu ramai orang, 3 keluarga stay dalam 1 rumah, ramai anak anak buah duk ulang alik masuk bila saya, takde yang control, Rase macam takde privasi langsung. 

MIL saya tak bagi tidor siang sebab takut muka saya sembab. Huwaaaaaaaa, udah lah malam tak boleh tido anak berjaga, anak menyusu stiap 1 jam stgh. Flush toilet pulak rosak masa tu. Kena jirus air manually. Ntah normal entah tidak, pada masa tu seluruh badan saya terasa sangat sakit. Rasa macam putus segala urat. Macam kene penyek dengan lori treler. Tapi saya pendam semua tu. 

Hubby??? Owh, dia ade je. Tapi segalanya saya kena mintak. Saya dah tertekan sangat masa tu, Pada malam kejadian tu, ramai sedara mara sebelah hubby datang. Ramai ramai sembang dan gelak gelak. Saya rasa terpinggir, hubby sibuk melayan sedara mara. Dia ada menjenguk saya dan anak kejap dalam bilik. Saya mintak tolong dia amikkan air. At that time, saya luahkan rasa sedih, kecewa saya dekat dia. Tapi dia marah marah dan tarik muka. Pastu dia da tak masuk jenguk saya dah sampai dah nak tengah malam. 

Saya pulak jenis yang tak reti nak mintak tolong orang laen yang tak biasa, rasa kekok sangat duk umah MIL. Masa tu saya da start menangis dan tetiba rasa seram sejuk lain macam. Saya baca yassin tapi separuh jalan saya tertido. Yang peliknya, antara sedar dengan tak sedar.. Saya ternampak kelibat hubby saya tercegat depan katil. 

Ya Allah, apa yang saya nampak sangat menakutkan saya. Terus menangis dan terjerit jerit macam orang histeria. Saya tak boleh nak control diri saya. Seingat saya, hubby saya datang peluk saya masa saya menjerit tu. Tapi pada masa tu, yang saya rase hanyalah marah, benci, takut dan sakit. Saya tak boleh pandang muka hubby saya. Rase mengigil satu badan. Masa tu, semua orang dalam rumah masuk kerumun saya dalam bilik. MIL mintak maaf kat saya kalau dia buat salah. Saya cakap, saya tak marah kat dia. Air yassin, air zamzam semua dibagi minum pada saya dan sapu kat muka. 

Hubby datang nak sentuh tangan saya. Tapi saya tepis dan marah marah jangan sentuh tangan saya!!! Langsung saya tak boleh pandang muka dia. Saya nak masuk toilet, dia nak tolong saya tapi saya halau dia! Keluarrrrrr!!! Memang mengejutkan sebab saya bukan macam tu. Tak tau nak cakap macam mane. Rase lain sangat. 

Malam tu, biras yg temankan saya tido atas permintaan saya. Saya luahkan pada biras segala gusar yang bersarang. Malam tu jugak, dia jadi ibu susuan untuk anak saya. Saya terlampau stress untuk menyusukan anak.  Terima kasih banyak banyak Kak S.

Pagi esoknya, MIL datang pada saya untuk mintak maaf bagi pihak anak dia dan mintak izin supaya anak dia boleh datang dekat pada saya. Saya izinkan. Hubby masuk dan menangis mintak maaf. 

Selepas kejadian tu, apa apa je artikel berkaitan meroyan memang saya mintak hubby baca sebab bila saya explain dia tak paham. Seminggu je saya kat rumah MIL. Lepas tu, parent sy datang amik bawak balik. Tapi saya tak bagitau hal ni pada dorang. 

Alhamdulillah, sekarang ni menunggu yang kedua. Semoga meroyan tak datang lagi..


Fuhhhhhhhhhhhhhhh *lap peluh
Panjangkan story ni?? Takut kan kalau meroyan? Aku yang baca ni pon rase semacam. Jadi, ape moral value yang kite dapat dari kisah di atas? Aku dapat korek 3 moral value dari cite kat atas.

1. Bersederhana.

Dalam Islam sendiri bagitau tentang konsep bersederhana. Jangan terlalu ekstrem. Jadi, bagi MIL @ mak kandung sile lah bersederhana dalam melakukan apa jua. Tak semua orang boleh terima. Kena   slow slow, jangan over. Walaupun ada betulnya apa yang kita buat tu. hihi. Orang lame dengan Orang sekarang banyak beza.

2. Tangungjawab.

Ni bagi pihak suami. Bila isteri dalam pantang, kena lah amik tau perihal isteri. Kena banyak sabar kot? Since kaum wanita bila dalam pantang, dorang sangat fragile walaupun sebelum sebelum dorang sangat indipendent. Ingattt, kalau sayang isteri jaga lah dia bebaik dalam pantang. Jangan nanti, menyesal tak sudah..

*Jemah kalau menulis kalah orang dah kawen. kuikuikui.. Sabo je lah dengan Jemah yang GEMOK ini ye?? Jemah kan menulis dari hatiii.. Hihihihi*

3. Sabar

Ni untuk semorang,, Baik MIL, suami dan isteri semuanya kena bersabar. Jangan terlalu ego bila isteri mintak tolong apa apa. Atau MIL jangan terlalu memaksa bila anak menantu menolak apa apa. Kena banyak sabar supaya keharmonian tu sentiasa ada. Isteri pon kena banyak bersabar jugak. Jangan stress. Cuba kawal minda. 

* Oiiii kau, bercakap kalah Dr Muhayya.. Opssss.. Ampunnn.*




Oke.. Tu je lah kot moral value yang sempat explore. Ahahaha.. Ampunkan Jemah sekiranya Jemah terlalu over dalam menulis. Kadang kadang Jemah ni macam cuba meletakkan diri Jemah dalam situasi tersebut supaya Jemah paham dan Jemah boleh menulis dari hati.


Baeklah, stop di sini dulu. Kite berjumpa di pelajaran baharu. Tapi sebelum tu, Jemah sertakan sekali komen2 pengalaman orang laen yang komen dekat status kak Ice tu. ye.. Ni Jemah sertakan sekali link tersebutt:


POST MEROYAN DI FB KAK ICE

Kalau korang perasan, ade 1 gambar pengomen ak x tutop. Tu lah Kak Ice.. hehe



Salam saiyanggg,

Aishah































Thursday 18 December 2014

AIR KELAPA vs KEMBANG URAT

Assalamualaikum semua..

Ok, now fokus blog den ni lebih kepada tips tips & petua petua since den rase itu adalah petua petua yang tak semorang tau dan nak panjang panjangkan ilmu tu. Selalu baca dekat  fb akak bidan Ice. Tapi lepas baca, lupe nak catat. 

So, mari abadikan di sini.. :D

Ni semua nukilan dari Kak Ice tu. Den rewrite n creditkan Kak Ice.. Hihihi. Sekarang ni Kak Ice tengah berpantang tapi dukacitanya, anaknya terlebih dahulu mengadap Sang Pencipta. 

Al - fatihah...

Aminn..

Jom sambung balik cerita kita..


Ape ke hal dengan air kelapa & kembang urat ni?? Suke tak minum air kelapa?? Aku suke gilerrrr.. Hahaha.. Nak nak kalau coconut shake. Tapi lepas terbaca status dia, terus aku kurangkan kekerapan minum air kelapa tu. Dalam sebulan, sekali dua macam tu je. 



Jom baca...


Tengok orang zaman sekarang,
Suke bebenor minum air kelapa..
Yang tua, ok lagi..
Yang muda, dah jadikan amalan..

Air kelapa tu air potong ubat, meneutralkan balik apa - apa ubat yang kita makan. Elok untuk berubat, untuk orang demam panas dan cirit birit. Tapi kene campur garam bukit, bukan dengan air gula.


*Part ni yang best, sebab untuk WANITA*

Untuk wanita, tunggu dah mengandung baru elok minum, nak bersihkan kandungan.
Orang orang lama cakap, bayi keluar kepala bersih. Kemudian, untuk ibu ibu yang leaking ketuban atau pecah ketuban boleh minum air kelapa untuk replenish pakai khasiat air kelapa ni.

Tapi air kelapa ni tak elok kalau diamalkan selalu,boleh jadi kembang urat. 

*yang ni 18sx sikittt.. Tapi takpe, take it as knowledge*

Bagi wanita, sumbing urat kemut nanti kalau duk ajaq minum air kelapa selalu. 
Tak percaya??? Boleh cuba bereksperimen bagi yang dah berkawen, Jangan pelik kalau berlecak @ kurang grip.

Bagi lelaki, syahwat bermasalah, dah tak leh perform. Telan tongkat ali. Esok esok, telan balik air kelapa. Merudum balik. Pi mai pi mai tang tu jugakk.

Orang dulu dulu, minum untuk berubat
Orang sekarang minum buat macam minum air masak
Siap coconut shake lagi haa *pstt,aku lah tu salah sorang*

Yang nak ikut, ikut
Yang kata merepek, sila abaikan.

Ini pengalaman sendiri, bile dapat customer laki bini problems mengurut dengan kami
duk cerita kurang stamina bila bersama. Korek punya korek, rupa rupanya duk pulun minum ayaq kelapa & coconut shake time setiap kali keluar.

Kena tengok balik, apa cara pemakanan kita. Sebab semua benda perlu bersederhana (Bukan saya suruh, Islam yang suruh)


Mouth watering kannnn???? 

Oke lah. setakat ni dulu tips untuk entry kali nih.. Selamat menghadam..
Semoga bermanfaat..



Salam saiyanggg,
Aishah


Tuesday 16 December 2014

TIPS BUAT YANG BAKAL BERTUKAR STATUS & MELANGKAH KE ALAM BARU

Amboiiii statuss, nak vouge de vass aje.. Hihihi.

Assalamualaikum semua. Lame betul tak bersiaran. Tak tau lah kenapa. Salah satu sebabnye, blog ni under maintenance. Lepas tu, i pulak busy dengan hidup seharian. Tapi banyak buat - buat busy je. Hahahaha.

Oke, berbalik pada tajuk asal entry nih le pulak. Udah udah ler merapunye. ko ni dah la sendu sendu je nak update blog. Dibiorkan blog dalam kondisi sadai begini. 

Sob sob sob

Sedih betul dapat tuan blog cenggini..kikikiki

Kesemua tips ni aku dapat dari kawan aku, Kak Dina. Tapi diceritakan semula oleh Dikmah. Hihi. Ku kira tips ni sangat sangat berguna pada yang nak memulakan alam rumah tangga. Mintak halal ye kak dina? Nak share la segala ilmu yang mak kak Dina bagitau tu.. hihihi



TIPS BUAT YANG BAKAL BERTUKAR STATUS & MELANGKAH KE ALAM BARU

1. Sabun basuh

Ape ke hal dengan sabun basuh ni haa?? Mak kak dina cakap, sabun tu sbagai 1 cara nak bagitau kat mak mentua kita ni, yang kita ni jenis yang tak berkira. Walaupun kite duk umah mak mentua tu sekejap je. Bila nak basuh baju baju kite, guna sabun yang kite bawa tu & tinggai je kat situ. Jangan bawa balik. Tapi masa nak balik tu, bgtau la sepatah dua kat mak mentua mcm ni

'mok, tu cheq tinggai la na sabun basuh cheq kat sini. Kalau mok nak guno, guno la'

macam tu ha, cara nak basa basi ngan mak mentua. Biar dia tau, yang kite ni menantu yang jenis tak berkira. Yelah, mak mentua kite mana la kenal kite kan? Jadi, bile kite buat macam tu. Dia tau lah yang kite ni macam mane. Tak salah kan kalau kite tunjukkan dengan cara macam tu? Well, i think cara ni lagi bagus kot dari kite bawak diri je..kuikuikui.. Maklum lah uolss, mak mentua nih macam - macam jenis.. Kalau uolss dapat mak mentua yang jenis x kisah, uolss sangat bernasib baik. Kalau uols dapat mak mentua cerewet, hurmm.. Try lah tips nih.. Hihihi

2. Kaen batik

Oke, bab nih pulak mak kak Dina cakap kalau boleh dalam tempoh 5 years perkahwinan tu, elakkan dari pakai kaen batik & baju t shirt tu. Jangan silap paham ye? Mungkin ada yang baca akan rase tersingung. Aku masa awal - awal dikmah cite pon macam 

' eh? tak boleh ea kalau nanti da kawen pakai kaen batik je?'

Tapi bile di pikirkan balik, make sense jugak apa yang mak kak Dina bagitau tu. Yelahhhh, takkan kome semua nak serabai serabai je depan laki hangpa semua? Time pi mana mana, boleh pulak hangpa melaram sakan walhal kite semua sedia maklum yang berhias untuk suami ni dapat pahala bertingket tingket.. 

Amboiiii Jemahhh, cakap ngalahkan orang 30 tahun kawen dah.. Hahaha, ampunnnn.. Ni cume dari logik akal aku je. Tapi betul la kan? 

Jadi, takde salahnye kalau beli banyak banyak legging yang ade macam - macam corak tu, pakai legging tu time duk umah.. cantik pon cantik. Dia jadi tak cantik, bila legging tu kome pakai time keluar pi mane mane. Duk umah, takpe.. laki lagi sukaaa.. Hahahaha..

Tu contoh je la naaa.. Mak kak Dina tak cakap gitu pon. Cuma dia pesan, jangan duk amal sangat pakai kaen batik kalau awal - awal kawen ni.. hihihi

Bagi aku, memang nice nasihat ni. So, memang masuk list siap siap untuk elakkan dari pakai kaen batik since aku duk umah pon, kaen batik mak aku pon aku rembat.. Yelahhhhh, takkan den nak pakai legging depan apak ngan adik adik den pulak kan?? kikikikiki


3. Langkau

Langkau ni ape pulak?? Huhuhu. Langkau ni macam langkah la kot na? hihihi. Contohnye macam ni, Kome ngan laki kome ni 1 negeri, cume daerah je laen laen. Jadi, bile kome balik kampung, memang akan lalu jalan yang mana salah sorang dari kome akan sampai kampung kome dulu

 * paham tak maksud aku nih? maksudnya kalau dalam perjalanan tu, sampai kampung laki kome dulu, janganlah di langkau kampung laki kome tu. Singgah dulu situ, duk untuk shari dua, pastu balik la kampung sendiri pulak. 

Same goes kalau kampung sendiri jugak. Ni pon salah satu cara menjaga hati secara tak langsung. Orang orang lama memang titik beratkan semua ni kan?? Sebab tu depa dulu dulu jarang nak bergaduh bagai.

4. Tanggungjawab

Ni bukan mak sape sape yang pesan. Ni mak aku seniri yang pesan. Dia cakap nanti kalau dah kawen, p umah mentua jangan duk bawah perangai malas masa duk umah sndri.

Pagi - pagi lepas subuh jangan duk tidoq balik. P buat apa yang patut. Contoh macam, jerang ayaq, sapu lantai n basuh kaen so on. Kalau pandai masak, tolong masak sekali. Bila da setel semua keja, masa tu nak tidoq ka, tengok tv ka..lantak pi la. Orang dah x bleh nak cebik cebik kat kita. Tak kisah la kalau orang nak kata hipokrit pon sebab duk umah mak sendiri pemalas nauzubillah asalkan duk umah mak mentua pandai bawak diri.. 

Hahahaha. Memang menusuk kalbu pesanan mak aku nih. Di samping dia menganjing anak dia yang sedia pemalas. kikiki. tenkiu makkkk sudi sapu sampah bile kami malass.. 

So, aku kire ini adalah tangungjawab untuk kite semua. Yang dah beralih kepada kite bila kite dah kawen nanti.



Hurmmmm, apa lagi ye?? takde da kot. Itu je lah tips n nasihat berguna dari orang - orang lama buat panduan muda mudi..kikikiki



Nak tengok mak kite takkk?? Jom scrolll...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 Sabau yeee?? hihihi..name pon scroll.kikiki

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 penat tak?? kite pon penat jugak sebenanye.. lagi sikitt jekkk
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


TADAAAAAAAAAAAAA...


Ni lah mak kiteee tuhhh.. hahaha.. awat kite lagi besauu dari diaa??




Oke lah, kita bersiaran di laen waktu time hakuu rajennn nk update.. kikikki..

kbaiiiiiiiii



Salam saiyangggg,

Aishah

Monday 22 September 2014

STEP BY STEP : SOLOK LADA KELATE MARII

Assalamualaikum.. kali ni, solok lado la pulok. Hehe. Ni resepi turun temurun keluarga la kot. Nenek la yang ngajor nye. hehe. Dulu, masa kecik - kecik tau makan & cakap sedapnyeeeeee. Itu je tau. Buatnye tak reti pon. hahahaha. Paling penting, people never say no to solok lado mek dgn mok soh. mek tu nenek aku, mok soh tu nenek sdare., 2 beradik la kirenye.


Jadi, marilah kite berlaga lutut, menuntut ilmu. Best tau belajar dengan orang - orang lama sebab dorang banyak petua. Lain sangat kalau belajar melalui google ke buku ke. Kena direct learning baru betul - betul paham & menjadi. Lagipon aku ni jenis yang kena tengok depan - depan baru lah ak boleh paham & tau setiap steps tu macam mane. hehe


Ok dah. Moh ler usha resepi nih.


SOLOK LADA KELATE MARI.

Bahan - bahan:

Lada hijau secukupnya
10 ekor ikan sardin mentah/ kembung
1 inci halia*
6 ulas bawang merah kecik*
4 ulas bawang putih*
1/2 batang serai* - optional
1 biji telur
1 cawan setengah kelapa muda parut
1/2 cawan santan
gula
garam
pak aji - optional


STEPS:

1. Mula - mula, bersihkan dulu cili hijau tu. lepas basuh tos. then, baru keluarkan biji cili.


*ni lah dia tangan orang orang lame tuuuu, hehe. Kalau aku yang buat, memang tak tersnap la                                                                               gambar*


potong cili tu dari atas sampai bawah tapi jangan sampai putus pulak

camni haa.. ni yang da buang biji n rambu2 dia tu

Ni yang dah siap buang biji
2. Pastu, asingkan isi ikan dari tulang.

camni haaa.. Tapi sebelum asingkan tulang tu, make sure ikan da basuh bersih siap -siap da.
3. Da setel bab ikan, sekarang tumbuk semua bahan bertanda pulak

dah lumat bahan bertanda *, tumbuk  pulak ikan skali dgn bahan - bahan betanda * tu.

4. lepas tu masukkan dalam bekas yang berisi kelapa parut.

Jangan lupa garam gula. Perasakan mengikut tekak masing masing.hee


Gaul sebati ye??

5. Pecahkan telur dalam adunan tadi.


gaul dan gaul sampai sebati

6. Dah sebati, ape lagiiii.. Sumbat la dalam cili tadi.hehe





7. lepas da sumbat semua, masukkan dalam periuk untuk kite rebus sekejap. jangan lupa masukkan santan cair skali.hehe


yang bulat bulat tu sebab cili da abis. Ade lebihan, bulat bulatkan. Pon sedappppp.. 

rebus selama 15 min .
8. yeayyyy!! da siapppp


haihhhhh..meleleh air liur mase duk menaip nihhhhh

Tips:

1. Guna ikan mentah lagi sedap dari ikan yang da rebus sebab manis ikan masih ade.
2. kelapa parut muda paling penting sebab rase lemak manis kepala parut & tekstur dia sendiri akan nampak cantik.



Oke dah.. tu je.. hehehe.. selamat mencube!!


                                                          *gulp gulp* telan air liur.


With love,
Aishah

Saturday 20 September 2014

STEP BY STEP : KEK COKLAT PUDING KARAMEL






Assalamualaikum semua. Hihihi. *selalu je syok sendiri bile letak perkataan ‘semua’ tu, macam la beratus ratus ribu orang baca blog ko ni hahaha*. Oh maiiii, iolss memang begittewww. Oke, kali ni resepi kek pulak. Dah lame tak buat kek since ade 1 peristiwa kek tak nak masak kat tengah – tengah, terus macam kuciwaa gitew. Tapi disebabkan adik lelaki aku tetiba cakap teringin nak makan kek coklat, terus laju je jenguk rak barang – barang bakery, nak cek tengok cukup tak barang – barang nak buat kek. Oh em geee, mak – mak sangat aku rasa. Kalau dulu, masa muda remaja, orang mintak ape pon aku tak amik port. Sekarang ni, pantang dengar perkataan ‘ teringin’, otometik rase macam tak sampai ati kalau tak buat.

Oke oke oke. Time akak mu ade bermastautin di sini je korang boleh request macam – macam. Nanti bila akak mu ini da berhijrah, jangan harapppp. Eh? Asal membebel entah ape ape nih??? Moh le kite tengok resepi ye?? Aku gabung resepi yang aku amik di group masakan kat fesbuk dengan resepi kat blog. Nanti I creditkan blog dia ye? Mane tau, korang nak buat rujukan kan??


KEK COKLAT PUDING KARAMEL






BAHAN – BAHAN:

Untuk caramel / gula hangus:

2 sudu besar gula * 2 sudu je ye? Jangan pandai pandai p lebihkan,nanti manis giler. Ni kire cun da

Untuk pudding :

3 biji telur * ikot la gred ape pon,amik je yg ade kat dapur tu, ak gune gred B
¾ cawan susu pekat
1  cawan susu cair
1 sudu kecik esen vanilla * nak ilangkan hanyir telor

Untuk kek coklat:

Bahan A:
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
¾ cawan gula
1 cawan minyak masak
¾ cawan serbuk koko * nak buat 1 cawan pon boleh tapi aku pkai takat je, tu pon da cukop rase

Bahan B :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecik baking powder * aku pakai sudu kfc
1 sudu kecik soda bicarbonate * sudu kfc

******* semua bahan B tu kene ayak ye?? Ayak la ye? Jangan malas. Supaye nanti bile kek korang masak,dia nmpk smooth je.

Bahan C:
3 biji telur


STEPS:

1.  Buat caramel dalam Loyang ye? Aku tak de Loyang yang tinggi,smua leper je. So, aku gune periuk rice cooker yg paling kecik tu. Hahaha. Semata semata nak bagi kek tu nampak tinggi.

Masukkan 2 sudu besar gula tadi dalam periuk/ Loyang & panaskan atas dapur,gune api paling kecik


Masak sampai dia tukar kaler keperang-perangan @ light gold.  Jangan sampai hangus ye? Nanti pahit. Pastu, jangan  letak air macam korang nak buat kek sarang semut tu. Kalau tengok, macam tak hancur semua gula tu kan?? No worry, nti bile kukus/bakar pudding tu nanti, otometik cair smua tu.hew hew






                  *eh? Dah kenape banyak sangat jangan ni ha??? Hehe..sorry





2.   Sekarang, kite sediakan bancuhan pudding pulak ye? Korang satukan semua bahan-bahan dalam 1 bekas.





kacau dengan perlahan sampai sebati. Jangan sampai berbuih over. Macam ni haa..hehe. tu aku gune whisk. Kalau korang xde whisk, gune je senduk..pon bolehhh..hehe

h

Pastu ,korang kukus @ bakar gune ‘water – bath’ technique. Dalam Loyang tu ade air panas yang baru masak. Letak suku Loyang je. Bakar selama 25 – 30 min, suhu 150C @ smpai pudding tu beku/keras. Kalau rase teknik ni susah, korang kukus dalam Loyang, api sederhana selama 15 min @ sehingga pudding tu da keras. Aku gune technique ni sebab tutup kukusan aku kemek kat bahagian mulut dia. Jadinya, aku risau kalau-kalau wap keluar disebabkan penutup dia x rapat dengan kukusan gara – gara kemek.  Terpaksa cari jalan laen.


Ni lah rupenye pudding yang gune water bath tadi. Macam nak hangit sebab gatal gatal tangan p tuka dari api atas bawah kepada api atas je. Hehehe. 

                 *Risau jugak takut tak jadi. Sedih lagiii kalau tak jadiii.. huwaaaaaa*



Dalam resepi asal, xde cakap plk suh cucuk. Jadi, takyah cucuk ye? Sebab aku da try, kali kedua buat dia tak melekat macam yang tak cucuk tu. So, jangan cucuk ye?? Nanti takut tak jadi pulak kek tu ye? Lepas tu, cubaan ketiga, terus tak cucuk da. Alhamdulillah, melekat cantik. klu nak cucuk jugak,cucuk sikit je skdr nak tau yang puding tu dah masak. Tapi tak tau lah orang laen camane kan?hehe

3.  Nak tunggu pudding masak tu take time jugak. Jadi, marilah kite buat bancuhan kek pulak sementara menunggu tu.

Korang satukan semua bahan A dalam kuali / periuk. Aku pakai kuali je. Hehe. Sebelum bukak api, kacau sebati dulu ye serbuk koko dengan cecair- cecair tu smua. Lepas da sebati, bukak api kecik & masak untuk 5 minit @ shingga gula tu da larut. Pastu rehatkan sekejap. Oke, setel bahan A.


              *time ni, aku lupa nak snap gambar. Ampunnnnnnn…



  Now, continue dengan bahan B pulak. Ayak semua bahan B dalam bekas dan ketepikan.
  Pastu, bahan C pulak. 



Pukul telur sampai berbuih macam ni ye?? Dalam resepi yang aku refer tu, dua dua blend. Aku malas nak kotorkan blender, so aku pukul je telur ni sampai berbuih.
4. Bile da setel semua preparation A, B & C. masukkan bahan C (telor) & B (Tepong) secara selang seli dalam adunan A yang kite masak atas api tadi. Masuk dulu telor separuh separuh, kacau kacau sebati. Pastu masukkan tepong pulak, kacau sebati. Seterusnya begitulah sampai la tepung dengan telor abis.


5. Lepas tu, masukkan adunan yang kite prepare tadi dalam Loyang/ periuk


Bakar cara yang sama macam buat pudding tadi selama 1jam 30 min @ shingga masak pada suhu 150 api atas bawah. Kalau korang kukus, kukus selama 1 jam ye? Api sederhana.



5.  yeayyyyyyy!!! da siap!


auwwww... sweet like sugarr



sekali pandang puding tu macam sarang semut pon ade. lobang2 siap..hehe



oke lahhh..selamat mencuba..semoga bermanfaat. hehe



credit to :  http://syapex.blogspot.sg/2013/05/kek-coklat-puding-karamel.html
                    dan jugak ummi, member group resipi ringkas fb.


tata..


With love,
Aishah

Friday 29 August 2014

REVIEW : UITM PUNCAK ALAM

Assalamualaikum semua. hehehe. baru nak update sebab baru ade line tenet n ade kerajinan.huhuhu. so sad.

Oke, beberapa malam lepas dapat mesej dari kawan lama tanya pasal UITM PUNCAK ALAM ni. so, tetibe rase nak update pasal uitm ni pulak.hehe.. dia tanya sebab dapat sambung sini. hopefully, bole dijadikan panduan sikit sebanyak.

Semuanya based pada soalan dia ye? sebab aku kalau takde guideline, sampai ke sudah aku melalut.

jom terjahhhhhh!!hahaha

mulakan dengan gambar uitm la dulu kan??? hahaha








1.  Q ; ada tak mini mart yang jual toiletries & barang - barang keperluan kat sana?

     S : Mesti lah ade! hehehe.. semua benda ade jual, dari sekecik - sekecik benda macam shaver sampai la sebesar alam macam baldi ade. TAPIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII

HARGA dia 2x ganda mahal! so, advise sy:

kalau korang datang mendaftar dengan family & naik kereta, korang beli siap -siap la barang - barang tu semua. 1 lagi, mesti ramai giler orang mase tu. ye lah, kalau dah semua nak membeli kan, mesti panjang macam keretapi nanti que tu kan? korang pon akan penat nak beratur. pastu nak jalan pergi ke bilik masing - masing. jadi, jalan selamat dan tak memenatkan adalah, beli siap - siap sebelum datang tu.

2. Q : Tempat belajar & tempat tinggal *baca: hostel* tu jauh tak??

    S : depend! kalau korang dapat hostel yang dekat, tak jauh la. yang pasti, memang tak jauh. malah beruntung dapat duk hostel ni tau? hehehe. dulu, masa zaman - zaman aku belajar, ade 2 kolej je. kolej Angsana & kolej Rafflesia. sekarang, 2014 ade penambahan kolej iaitu Casuarina. angsana ade 5 blok, rafflesia ade 6 blok n casuarina ade 5 blok kot? * eh? boleh pulak ko kot kot?aiyoooo

aku dulu sempat la merase duduk angsana 1. pastu ,tahun seterusnya rafflesia 6 je sampai la abis belajar.. nak g kelas korang kena la lalu TANGGA BATU CAVES. Turun naik hari - hari. tapi tak kurusss pon weh sebab makan banyakkkk..hahaha

Kolej Rafflesia & Angsana sharing same art of buiding *maksud aku, bangunan dan cara susun atur perabut same jek*












3. Q : kalau nak balik kampung, stesen bas paling dekat di mana??

    A : Stesen bas klang sentral paling dekat. mula - mula, amik bas U90 dari Uitm ni. tambang seringgit je,cakap nk g klang. kalau nak balik kelantan, bas pukul 8am n 8pm saje. So, kalau korang nak balik pagi, make sure kul 6.20am dah tercongok depan bus stop dekat area hostel ye?? kalau tak nanti, melepas la trip pagi korang. bas U90 paling awal kul 6.45, so korang get ready la. Jangan jadi macam aku suda! hahaha..jadi ape?? hurmmm..tu cite dekat entry laen oke??? pastu kalau korang bas malam, naek bas kul 6.30pm tapi korang kena tunggu setengah jam lebih awal oke??? hurm tu je lah kot aku boleh share? untuk negeri - negeri lain aku tak tau.hehehe

korang kalau nak beli tiket, aku suggest korang beli tiket bas mutiara dan perdana. mahligai and transnasional pon ade! tapi, pit stop dorang tak best. mutiara ade their own RnR dekat Gua Musang. mesti korang semua tau kan?? perdana pon take part dekat pit stop situ jugak. hahaha, secara tak sengaja terpromote.

4. Q : Bilik hostel sekali dengan bilik air tak??

    A : ofkossss la sekaliii.. heheh.. konsep dia apartment gitu. everything are there. gitewwww.. hurm, casuarina punye kolej disediakan meja makan and ade wifiii! wah! nampak macam best je kan??? hakikatnya, rafflesia & angsana lagi best! walaupun tak de meja makan , tak ade wifi hanya kabel je tapi semestinya lajuuuu.. kalau donload tu, kejap je woiiii.. hahaaha.. plus, rumah di kolej rafflesia lagi luas dan lagi sejukkkkkk.. trust me! So, for me sesape yang dapat kolej rafflesia sangat beruntung oke??? hahhaa.. biasa la kan tempat baru macam casuarina tu bilik tv and bilik basuh yg ade washing machine tu masih belum available. tak tau la kalau sekarang da ade kan? hehehe

ni pintu bilik ye adek adek???? 1 rumah ade 4 bilik, A, B, C, D

ni gambaran dalam bilik. aku snap bilik yang dah kosong! hehe

almari sorang satu! jangan lupe beli pad lock!

korang kalau suka basuh kaen pakai tenaga sendiri, kat sini la basuhnya. hahaha.. amboiii!! abis semua ko nak explain ye??

nak menyidai setakat tos boleh, lepas abis air menitik, boleh la bawak keluar baju2 tu sidai kat luar pulak. ade ampaian kat lua rumah

amboii, gambar cermin pon nak amekk??? eh, mesti!! kenang - kenangan


5. Q : tempat makan *baca : kafe* jauh tak dengan kolej??

   A : tak jauh pon.. dalam kawasan kolej tu jugak.hehehehe. ada 2 kafe, kafe rafflesia dan kafe angsana. semua harga reasonable..murah2 punya.


ni centre, ade signboard besau tulis KOLEJ RAFFLESIA/ ANGSANA. kat sini ade kafe, gym, mini mart & pejabat pengurusan kolej


ni la kafe tempat makan tu




6. Q : Aishah dulu pernah duduk rumah sewa tak??

    A : Hhehehehe.. mestilah pernah! melainkan kalau kau ni ade kabel, memang tiap - tiap sem kau akan dapat duk kolej! bukan buat cite tapi based on kisah benar yang aku dengar dari mulut orang tu sendiri! hahaha.. so, zaman sekarang ni zaman kabel okeh??? TAPI korang masih boleh duduk hostel setiap sem kalau korang PANDAI!! bukan pandai belajar okeh?? tapi pandai cari peluang! hahaha. tiap tiap sem akan ada banyak aktiviti yang diadakan oleh pelbagai persatuan di UiTM tu. setiap aktivti dan program tu korang tu akan disediakan kupon aktiviti. ade 3 jenis kupon. pink, biru dan hijau. hijau dan biru sangat LUMAYAN ye?? kalau korang ade banyak kupon warna tu, potensi untuk dapat kolej sangat tinggi. kumpul kupon max 28 oke??? min 27.. hahaha... sebab kalau cukop 28, pejam mata je name masuk list dapat kolej!

program solat hajat pon dapat kupon oii


berebut semorang nak kupon.hehe..aku dulu pon gitu jugak

7. Q : bayaran hostel kat mana??

    A : bayar melalui Bank Islam. hehehe. aku dah lupe step nye. nanti korang mesti tau camane kan??tanya senior korang oke bila da masuk UiTM?? Hahaha..ape lahhh dia ni nihh, nak review sgt! as long as ade duit dalam bank tu. kalau untuk bayaran yuran belajar samada korang PTPTN @ tajaan JPA, dia akan tolak terus dari akaun.




hurm hurm hurm. tu je la kot sedikit sebanyak yang aku boleh share. al maklum lah kan.bukan rajin bebenor nak menaip nih. hantu ape tah lekat, malas btingket tingket sekarang! menciiii tau! hahaha.. oh ye, kalau ade gambar yang xde watermark Kak Cah tu maksudnya gambaq gugel la.. haha.. gambaq oqg ampa jangan pandai2 p buh watermark sndqi..macam haremmmm je wat lagutu naaaa..
1 lagi, resolusi gambar agak low kalau yang aku gugel tu sebab aku just copy URL je. tak donload pon. hehe, malas! * eh dia ni, asik malas je! debik kanggggg!!

oke lah, jumpe lagi di laen entry! hahha..






With love,
Aishah